Wednesday, December 11, 2013

Rindu kamu...yes kamu syg...

Rindu... Cuba bertahan selagi ada.... Aku rindu dia... Rindu bau dia yg selalu ada disisi... Rindu perfume yg menjadi teman tido... Rindu senyuman dia yg menjadi teman dialam mimpi... Rindu segalanya tentang dia... Bagaimana harus aku yakinkn dia yg aku terlalu syg dirinya... Rindu kamu setengah mati....

Sunday, July 28, 2013

The moment I realize...

At some point I just realize that I already done too much for someone or something,that the only next possible step to do is to stop..leave her alone..walk away...it's not like i'm giving up and it's not like I shouldn't try or what but it's just that I have to draw the line of determination from desperation..what is truly mine would eventually will be mine and what is not no matter how hard I try, will never be...take care n I do luv u....

Monday, July 22, 2013

rindu setengah mati

Rindu setengah mati.. Adakala perasaan rindu yg ada buat hati sesak n sarat dgn bayangan & kenangan lama... Semakin cuba semakin kuat dia hadir. Rindu setengah mati... Rindu yg buat hati hati n perasaan ingin mati ;(( Rindu... Rindu

Saturday, July 20, 2013

hati & ego

Hati n ego Sejak 2-3 minggu nie hati semakin tidak berperasaan,apa tah lagi ego yang semakin hari semakin tinggi m'capai awan.... Dimana silapnya??? Dimana salahnya?? Semakin lama samakin takot akan perasaan yg wujud dalam hati...semakin terasa hati d'bunuh tanpa rasa bersalah... Dimana hati yg penuh dgn kasih syg?? Dimana hati yg dulu??

Friday, April 19, 2013

R.I.N.D.U

Perasaan paling berat utk ditanggung adalah R.I.N.D.U .. Bila cakap pasal rindu semua org tahu macam mana beratnya tanggung rasa rindu, xkira lah rindu org jauh ke or dekat.. kadang2 perasaan tu datang suka2 macam angin & akan pergi pon mcam angin ...terlalu sukar untuk luahkn rasa rindu yg terbuku dlm hati... rindu paling setia pada MA ...rindu paling banyak pada Abah ..rindu paling tidak tenteram pada kamu... terlalu luas maksud rindu pada setiap manusia ...xkira lah rindu tu banyak or sikit. selagi hadirnya rasa rindu tu dalam hati pasti jiwa xkan tenang ... Alangkan baiknya jika rindu tu mampu untuk di pindah milik or disimpan sementara ..ingin sekali ikat rindu yg ada pada batu dan buangkn dalam sungai depan ruma .. pasti xkan rasa seksa tanggung rindu dikala nie .. Wahai angin bawa lah rindu yg ada terbang bersama agar ia sampai pada pemiliknya..agar tiada lagi rindu dalam hati... terlalu berat hati nie menanggung rindu yg semakin penuh ..membuatkn hati makin sesak. rindu kamu sedalam lautan.. rindu ma seluas awan.. rindu abah sejauh bulan.. rindu sampai ke syurga .. with luv .. xoxo

Wednesday, January 16, 2013

Rasa dalam hati yang dipanggil "CINTA"

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta... Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika hati masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika hati masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan tidak mencintainya lagi jika hati masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Tak usah sebut pasal cinta jika hati tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika hati berhasrat melukakan hati pasanganmu Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta ! Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.